© 2020 by Pusat Internet Desa Balik Pulau. Proudly created with Wix.com

Menurut cerita orang tua nama Sungai Pinang diambil sempena nama pohon pinang yang tumbuh dengan banyak di sepanjang sungai pinang dan kawasan sekeliling. Kebetulan buah pinang mendapat pasaran yang baik pada masa dahulu kerana ia menjadi bahan mentah yang penting untuk dijadikan minyak tanah. Buah pinang setengah masak atau istilah pasarnya dikenali sebagai “ Pinong Pok “ di takik dan untuk menghilangkan getahnya ia direndam ke dalam sungai tersebut. Aliran sungai yang asal melalui Mukim A Tengah tetapi apabila berlaku banjir besar pada tahun 1932 (lebih kurang jam 12.02 tengah hari) telah mengakibatkan sungai tersebut pecah dan arah alirannya bertukar aliran sekarang.

Sungai Pinang terletak di Daerah Barat Daya iaitu dalam kawasan Parlimen Balik Pulau. Sungai Pinang mempunyai penduduk tetap yang merangkumi 64% kaum Melayu dan 36% kaum Cina. Mengikut statistic kajian penduduk 2010 penduduk Sungai Pinang hampir 6500 orang. Majoriti Penduduk Sungai Pinang berpendapatan sederhana. Kebanyakannya bekerja di sector perindustrian, nelayan dan bekerja sendiri. Hanya sebilangan kecil menjawat jawatan penting di sektor awam.

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now